Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang

Iklan
Kematian melibatkan rakyat Gaza susulan serangan Israel semakin meningkat. Foto AFP

ANKARA - Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, 79,366 orang lagi cedera dalam serangan kejam tentera rejim, lapor Agensi Anadolu.

Iklan
Iklan

"Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempoh 24 jam yang lepas.

"Ramai lagi penduduk masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan dan di jalan raya kerana pasukan penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” menurut kenyataan itu.

Iklan

Menurut PBB, sebahagian besar infrastruktur di wilayah terkepung itu rosak atau musnah lebih tujuh bulan sejak konflik tercetus menyebabkan 85 peratus penduduk di wilayah itu hilang tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. - Bernama-Anadolu

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan