MONTPELIER - Sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) menganugerahkan Ijazah Kehormat ‘Doctor of Litter-ature’ kepada seekor kucing yang menjadi kesayangan warga kampus berkenaan.
Vermont State University Castleton Campus mengumumkan ‘anugerah khas’ kepada kucing digelar Max itu kerana kemesraan luar biasa si comel tersebut.
Iklan
Iklan
"Max telah menjadi sebahagian daripada warga Castleton selama bertahun-tahun,” ujar pihak universiti itu.
Kucing belang popular itu tinggal bersama sebuah keluarga di jalan menghala ke pintu masuk kampus berkenaan dan bersosial bersama penuntut di sana sejak empat tahun lalu.
"Ia sering ke universiti itu. Mereka sangat menyayanginya,” kata pemiliknya, Ashley Dow pada Khamis yang turut dirujuk sebagai ‘ibu’ kepada Max.
Difahamkan, Max tidak akan menyertai majlis penyampaian ijazah tersebut, sebaliknya ia akan dihantar kepada Dow selepas upacara tamat pengajian penuntut selesai pada Sabtu. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!