SEBUAH syarikat konglomerat negara akan menyerahkan dokumen lengkap kepada kementerian bertanggungjawab untuk menaja hak siaran langsung Euro Jerman 2024 pada Isnin ini.
Menurut wakil konglomerat berkenaan, usaha itu sebahagian pendekatan bagi membolehkan rakyat negara ini menonton temasya bola sepak terbesar benua Eropah secara percuma.
Iklan
Iklan
Katanya, pihaknya akan menyerahkan dokumen lengkap dan surat tunjuk minat kepada Kementerian Komunikasi Malaysia dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengenai hasrat menaja siaran langsung perlawanan Euro 2024 itu.
"Kami bersedia menanggung kesemua kos hak penyiaran itu tanpa perlu membelanjakan duit rakyat. Kita tahu kerajaan sekarang adalah Kerajaan Madani yang cukup prihatin tentang rakyat. Jadi kami ingin bersama-sama membantu kerajaan dalam memenuhi hasrat seluruh peminat bola sepak di serata negara yang mahu menonton Euro Jerman 2024 secara percuma.
"Kami akan mengeluarkan kenyataan rasmi media mengenai hasrat menaja sepenuhnya untuk Euro Jerman 2024 ini sebagai penaja utama.
"Malah, hari ini diadakan mesyuarat dalaman dan semua dokumen sudah disediakan dan akan diserahkan kepada RTM dalam masa terdekat. Selewat-lewatnya esok atau Isnin ini akan dikeluarkan kenyataan rasmi dan kami akan maklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!