Atasi segera monopoli peniaga warga asing
Iklan
Datuk Seri Rosli Sulaiman. FOTO SINAR HARIAN - ASRIL ASWANDI ABD SHUKOR
LAMBAKAN warga asing di negara ini didakwa menjadi pencetus kepada banyak masalah dihadapi oleh golongan penjaja dan peniaga kecil tempatan yang masih tidak selesai sejak sekian lama.
Menurut Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman, meskipun diakui terdapat isu lain dihadapi oleh golongan peniaga perlu diberi perhatian, tindakan warga asing yang dilihat semakin terdesak untuk memonopoli sektor penjaja dan perniagaan di Malaysia adalah jauh lebih membimbangkan kerana boleh mengganggu gugat sumber pendapatan rakyat tempatan.