Naik taraf jalan FT3210 Hulu Langat siap 2026

Iklan
Alexander (empat dari kiri) meninjau projek naik taraf jalan FT 3210 berkenaan pada Ahad.

HULU LANGAT - Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 sepanjang dua kilometer (km) dari persimpangan Jalan Dato Alias ke Persimpangan Batu 9, Cheras dijangka siap pertengahan 2026.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek membabitkan peruntukan RM123.6 juta itu bakal memberi manfaat kepada 52,000 pengguna.

Iklan
Iklan

Menurutnya, projek bermula 2021 itu bakal mengatasi isu kesesakan trafik khususnya pada waktu puncak dari Hulu Langat menghala Kuala Lumpur.

Alexander

"Selain memberikan keselesaan kepada pengguna, projek ini bertepatan dengan perkembangan kawasan ini yang sedang membangun.

Iklan

"Aktiviti ekonomi yang banyak di kawasan ini menyebabkan jalan sedia ada sudah tidak dapat menampung keperluan trafik seperti biasa," katanya pada turun padang meninjau projek naik taraf jalan berkenaan pada Ahad.

Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dusun Tua, Datuk Johan Abd Aziz serta Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Zahrul Hakim Abdullah.

Iklan

Alexander berkata, projek berkenaan telah diluluskan di bawah peruntukan pembangunan Rolling Plan 4, Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang sepatutnya siap tahun depan namun dilanjutkan ke 2026 susulan masalah pengambilan tanah dan pengalihan utiliti.

"Projek ini bermula dari simpang Taman Suntex sepanjang 1 km dan persimpangan Batu 9 ke Jalan Dato Alias/Kg. Melaka sepanjang 1 km dari jalan tunggal dua lorong kepada jalan berkembar empat lorong.

"Skop kerja turut membabitkan pembinaan dua jejambat dua lorong dari arah Hulu Langat ke Cheras serta pembinaan Jambatan Sungai Sering," katanya.

Pada program sama, beliau turut meninjau lokasi jalan raya yang kerap menerima aduan banjir kilat di Stor Gas Pusaka) dan Petronas Dusun Nanding.

Tinjauan Bahagian Pengurusan Fasiliti (BPF), Kementerian Kerja Raya (KKR) mendapati sebahagian dari punca masalah adalah kawasan pembentung dipenuhi air dan keladak.

Susulan itu, BPF telah meluluskan peruntukan RM50,000 pada Februari lalu bagi kerja pembersihan.

Bagi penyelesaian jangka panjang pula, BPF telah mengarahkan JKR Hulu Langat dan pihak berkuasa yempatan (PBT) untuk mengadakan penyelarasan bersama agensi terbabit bagi menyelesaikan isu hakisan tanah dan pembersihan saluran keluar pembentung di lokasi tersebut bagi mengatasi isu banjir kilat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!