Liverpool tidak akan kecundang tanpa Klopp

Iklan
KLOPP. Foto EPA

JURGEN Klopp menegaskan Liverpool akan bergerak ke arah yang lebih baik di bawah kendalian pengendali baharu Arne Slot musim depan.

Klopp akan melepaskan jawatannya selepas hampir sembilan tahun mengendalikan The Reds dengan perlawanan terakhirnya adalah menentang Wolverhampton Wanderers pada Ahad.

Iklan
Iklan

Bekas jurulatih Borussia Dortmund itu meninggalkan Liverpool dengan pencapaian cemerlang termasuk menamatkan penantian 30 tahun untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada 2020.

Selain itu, dia juga mengemudi pasukan merangkul Liga Juara-Juara Eropah keenam pada 2019.

Iklan

Jurulatih Feyenoord, Arne Slot akan disahkan secara rasmi oleh Liverpool sebagai pengganti Klopp minggu depan.

"Kelab berada dalam keadaan positif tidak kira siapa yang akan mengemudi pasukan. Kelab ini masih berada di kedudukan yang sangat baik.

Iklan

"Musim ini kami mempunyai sasaran tersendiri dan pengakhirannya tidak terlalu buruk. Liverpool akan mempunyai kepimpinan baharu tidak lama lagi tetapi kelab ini sentiasa bersedia untuk menempuh perjalanan ke arah dimensi baharu dan menarik," katanya.

Klopp berkata, Liverpool merupakan sebuah kelab yang hebat sama ada musim tersebut berakhir dengan trofi atau sebaliknya kerana sentiasa ada detik yang tidak dapat dilupakan.

"Sekali lagi, saya sangat bersyukur dapat berada bersama kelab ini tetapi saya juga teruja kerana saya tahu ini (persembahan baik Liverpool) akan berterusan dan menjadi berita positif untuk Liverpool FC," katanya.