Wakil rakyat PH perlu kerja lebih kuat: Guan Eng

Iklan
Guan Eng (tengah) memberi topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya pagi tadi.
BUTTERWORTH - Semua wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) perlu bekerja lebih kuat dan fokus kepada kehendak rakyat yang mahukan perubahan termasuk memenuhi janji-janji dalam manifesto.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ekspektasi rakyat terhadap kerajaan PH amat tinggi dan keputusan beberapa pilihan raya kecil (PRK) sebelum ini memberi isyarat kepada semua pimpinan PH bahawa rakyat mahu melihat hasil kerja selain mengimpikan keadaan ekonomi negara yang bertambah baik.

Guan Eng berkata, beliau yakin keadaan ekonomi negara akan bertambah baik pada tahun ini berbanding tahun lalu namun untuk menangani sebarang persepsi, semua pimpinan perlu bulatkan niat untuk bekerja dengan lebih kuat.

"Itu sebab selalu saya tegaskan kita mesti lebih dengar suara rakyat, kerja lebih kuat untuk rakyat dan berikan harapan kepada rakyat.

"Yang penting ialah mesti kerja lebih kuat supaya harapan mereka agar janji-janji dalam manifesto dapat dilaksanakan. Fokus kepada apa yang diperlukan oleh rakyat iaitu dari segi ekonomi, saya rasa itu yang lebih penting," katanya ketika ditemui media selepas Op Selamat 16 dan Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena Tahun Baru Cina peringkat daerah Seberang Perai Utara di sini pagi tadi.

Guan Eng (tengah) memberi topi keledar baharu kepada seorang penunggang motosikal sempena kempen keselamatan jalan raya pagi tadi.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan


ARTIKEL BERKAITAN: Kimanis kekal milik BN, majoriti lebih besar

Mengulas mengenai kekalahan PH pada PRK Parlimen Kimanis semalam, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihaknya menerima keputusan itu dengan terbuka namun ia perlu diambil iktibar.

"Tentu kami terima keputusan rakyat untuk mengekalkan BN (Barisan Nasional) dalam kawasan kubu mereka di Kimanis.

"Bagi pihak DAP dan PH kita akan terus sokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan bekas Pengerusi Bersih, S Ambiga yang ugut untuk turun ke jalanan sekiranya kerajaan PH tidak dapat melaksanakan pembaharuan utama pada negara pada Jun ini, Guan Eng berkata, pihaknya menghormati kenyataannya dan beliau mempunyai pilihan untuk berbuat demikian.