MB kesal isu air terus berlarutan di Johor

Iklan
ONN HAFIZ

ISKANDAR PUTERI - Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyuarakan kekesalan setelah isu air terus berlarutan berlaku di negeri ini.

Onn Hafiz berkata, isu tersebut bukan sahaja berlaku di di Bukit Permai, Gambir dan Layang-Layang pada perayaan Aidilfitri yang lalu malah masalah sama turut dilaporkan berlaku dengan kerap di kawasan-kawasan lain.

Iklan
Iklan

"Seperti yang dititahkan oleh Pemangku Sultan Johor, gangguan bekalan air telah berlaku semasa hari raya Aidilfitri di Bukit Permai, Gambir dan Layang-Layang. Malah isu ini masih kerap lagi berlaku di kawasan-kawasan lain.

"Insya-ALLAH, kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada syarikat dan agensi yang terlibat," katanya ketika membuat penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini pada Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Undangan (ADUN) Machap menggesa supaya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil tindakan serius berhubung teguran tersebut.

"SPAN selaku badan pengawal perlu bertanggungjawab dan memberi perhatian serius ke atas titah Pemangku Sultan Johor," ujarnya.

Iklan

Sebelum itu, pada 9 Mei lalu, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan rasa kecewa atas insiden gangguan bekalan air yang berlaku di negeri ini ketika musim perayaan Aidilfitri, baru-baru ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!