[VIDEO] JAINJ tingkat pemantauan ajaran sesat di Ulu Tiram

Iklan

ISKANDAR PUTERI - Pemantauan terhadap penyebaran ajaran sesat di Ulu Tiram akan dipertingkatkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) susulan insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, pada Jumaat lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, pihaknya sedia maklum mengenai kerisauan masyarakat selepas insiden berdarah yang mengorbankan dua anggota polis itu.

Iklan
Iklan

Jelasnya, langkah meningkatkan pemantauan ajaran sesat itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Saya pasti dengan kerisauan masyarakat, kita akan bagi tumpuan tambahan (Ulu Tiram) tak bermaksud di daerah lain kita kurangkan pemantauan.

Iklan

Mohd Fared pada sidang akhbar selepas sidang DUN Johor pada Ahad.

Iklan

"Tumpuan di kawasan ini juga kita akan gerakkan sebab kita juga mendapat laporan awal daripada PDRM," ujarnya pada sidang akhbar selepas sidang DUN Johor, di Kota Iskandar pada Ahad.

Menurut Mohd Fared, JAINJ akan menggerakkan pegawai masjid dan ketua kampung setempat untuk menziarahi penduduk di kawasan perumahan suspek.

"Kita ambil maklum, mereka tidak boleh dibiarkan bersendirian," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fared turut menggesa orang ramai tidak risau dan membuat aduan kepada JAINJ dan Pejabat Kadi sekiranya terdapat sebarang kemusykilan tentang ajaran yang timbul dan mengesyaki penyebaran ajaran yang menyeleweng di kawasan mereka.

"Di Johor, kita memang sudah ada jawatankuasa khas bagi mengekang penyebaran ajaran sesat yang akan menyiasat isu ajaran menyeleweng yang diadukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!