Helikopter bawa Presiden Iran ‘mendarat cemas’

Iklan
Ebrahim Raeisi

TEHERAN - [DIKEMAS KINI] Sebuah helikopter membawa Presiden Iran, Ebrahim Raeisi dilaporkan terpaksa ‘mendarat cemas’ di bandar Jolfa, barat laut negara itu yang bersempadan wilayah Azarbaijan Timur pada Ahad.

Press TV memetik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Vahidi melaporkan dua lagi helikopter yang menyertai konvoi itu yang membawa Menteri Luar, Hossein Amir-Abdollahian, Gabenor Azarbaijan Timur, Malek Rahmati dan beberapa penumpang lain telah tiba ke destinasi dengan selamat.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa memaklumkan keadaan cuaca buruk menyebabkan pasukan penyelamat daripada Persatuan Palang Merah Iran sukar ke lokasi kejadian di kawasan hutan Dizmar antara bandar Varzaqan dan Jolfa.

Unit dron turut dikerahkan untuk membantu operasi kecemasan tersebut.

Iklan

Sebelum insiden itu, Raeisi dilaporkan mengadakan kunjungan ke Azerbaijan untuk merasmikan pembukaan empangan di Sungai Aras yang turut dihadiri rakan sejawatannya di negara itu, Ilham Aliyev. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan