Polis keluarkan fotofit suspek simbah asid Faisal Halim - KPN

Iklan
Polis mengeluarkan fotofit suspek yang terlibat dalam kejadian serangan asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.

SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan lakaran wajah atau fotofit suspek kes simbah asid membabitkan tonggak bola sepak Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, lakaran individu berkenaan turut disertakan bersama butiran fizikal.

Iklan
Iklan

"Selain itu, suspek mempunyai susuk badan sederhana serta berkulit sawo matang," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkaitan individu berwajah seperti lakaran fotofit terbabit diminta segera menghubungi polis.

Iklan

"Sebarang maklumat berkaitan dapat disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Undang-Undang(D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Inspektor M Jagachandran di talian 012-684 8166 / 03-2266 6071.

"Selain itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Iklan

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang, 5 Mei lalu, Faisal alami melecur tahap empat selepas disimbah asid dipercayai oleh dua individu bermotosikal di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Susulan itu, polis berjaya memberkas dua lelaki secara berasingan di Pandan Indah, Ampang dan Bangi pada hari kejadian serta Isnin lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!