Hanya 1 peratus cleaner anak muda
Iklan
KUALA LUMPUR – Lebih 100,000 majikan dan pekerja pembersihan atau cleaner di negara ini dibelenggu masalah nilai perolehan kontrak yang rendah, mengakibatkan kebajikan pekerja terabai kerana ketidakmampuan kontraktor.
Pada masa yang sama, anak muda tempatan turut tidak berminat untuk bekerja ‘pegang penyapu’ apabila dianggarkan penglibatan golongan tersebut yang berusia 40 tahun ke bawah tidak sampai satu peratus manakala yang berusia antara 49 hingga 41 tahun sekitar sembilan peratus.