Jangan ada pula jadi mangsa badal haji

Iklan
Gambar hiasan. Foto fail Bernama

BARU-baru ini terdapat laporan kurang enak dari Tanah Suci apabila 300 jemaah dari Malaysia yang mahu menunaikan haji dikatakan tidak mempunyai permit.

Jemaah berkenaan dilaporkan membayar RM45,000 setiap seorang dengan harapan dapat menunaikan Rukun Islam kelima itu pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Buat masa sekarang, mereka masih boleh berada di Makkah sehingga 23 Mei ini untuk menunaikan umrah dan ibadah lain menggunakan visa pelancong.

Selepas itu, mereka perlu meninggalkan Tanah Suci jika belum menerima permit haji kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan masalah lebih besar.

Iklan

Kerajaan Arab Saudi menetapkan bahawa mana-mana individu yang didapati tidak memiliki visa atau permit haji yang sah akan dikenakan denda sebanyak SAR10,000 atau bersamaan RM12,485.80.

Mereka juga akan dihantar pulang ke negara asal tanpa sempat menunaikan haji dan yang paling berbahaya ialah disenarai hitam daripada memasuki negara itu.

Iklan

Sebarang tindakan yang melanggar undang-undang Arab Saudi akan mencalarkan imej Malaysia kerana jemaah dari negara kita sentiasa dihormati kerana disiplin dan sikap yang baik.

Atas sebab itu, peringatan tentang pentingnya untuk ke Makkah melalui saluran yang betul seperti yang ditekankan oleh Tabung Haji perlu diambil dengan lebih serius supaya tiada lagi mangsa pada tahun-tahun berikutnya.

Begitu juga dengan peringatan tentang penipuan badal haji, walaupun sudah diberi peringatan, pasti ada mangsa yang terjerat.

Ingatlah bahawa jika ada tawaran badal haji yang murah, sudah pasti ia adalah satu penipuan.

Secara logiknya, Tasrih haji (permit) sahaja harganya RM13,000 kerana semasa musim haji seperti di Arafah, Muzdalifah dan Mina, akan ditempatkan anggota polis atau tentera Arab Saudi.

Mereka akan melakukan pemeriksaan dengan ketat dan hanya yang mempunyai permit sahaja boleh masuk ke kawasan ditetapkan.

Oleh itu jika dibuat pengiraan keseluruhan termasuk makan minum, pengangkutan dan sebagainya, kos badal haji termasuk permit akan mencecah RM15,000 hingga RM16,000.

Jadi, jika terlalu rendah maka sudah boleh diduga kebenarannya. Jangan kerana nak berjimat, duit melayang, haji pun tak dapat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!