Guna gelaran pakar pembersihan, naik taraf sijil profesional
Iklan
SHAH ALAM - Kerajaan dan syarikat yang mengendali pekerjaan tukang cuci perlu menjenamakan semula kerjaya itu serta mewajibkan pemilikan sijil kemahiran bagi menaik tahap profesionalisme dalam bidang berkenaan.
Pakar Ekonomi Pusat Pasaran Buruh Masa Depan (EU-ERA), Nurul Sakinah Ngaini berkata, kaedah tersebut merupakan langkah yang boleh diambil sebagai usaha menarik perhatian lebih ramai anak tempatan untuk menceburi kerjaya sebagai tukang cuci.