Kad Prihatin Peniaga lebih sistematik - Persatuan
Iklan
SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia mempersoal tindakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang mewujudkan kad diskaun khusus buat peniaga menjual Menu Rahmah.
Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman berkata, tidak ada keperluan KPDN mengusahakan kad berkenaan kerana pihak persatuan gabungan peniaga telah mewujudkan Kad Prihatin Peniaga untuk diberikan kepada 1.8 juta peniaga di Malaysia.