Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru

Iklan
Raja Salman

DUBAI - Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan menjalani program rawatan untuk radang paru-paru di Istana Al Salam di Jeddah.

Menurut agensi berita kerajaan Arab Saudi, ini selepas beberapa jam Raja Salman menjalani ujian perubatan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Laporan agensi itu berkata, Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.

Pada Ahad, Raja Salman menjalani ujian perubatan di Klinik Diraja di Istana Al Salam kerana demam dan sakit sendi.

Iklan

Kali terakhir Raja Salman dimasukkan ke hospital adalah pada April lalu untuk pemeriksaan rutin.

Raja Salman, penjaga kepada dua kota suci Islam, menjadi pemerintah kepada negara pengeksport minyak terkemuka dunia itu pada 2015.

Iklan

Ia selepas baginda menghabiskan lebih dua setengah tahun sebagai Putera Mahkota dan Timbalan Perdana Menteri. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!