'Bayar RM80, GRO teman berkaraoke'

Iklan
Antara yang ditahan untuk pemeriksaan polis dalam serbuan pusat hiburan, pada Sabtu.

KUALA LUMPUR - Bayar RM80 untuk ditemani gadis pelayan pelanggan (GRO) setiap satu jam berkaraoke.

Itu aktiviti maksiat yang dikesan polis dalam serbuan di dua pusat hiburan di Kuala Rompin, Pahang dan Endau, Johor pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Serbuan itu dijalankan Bahagian Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism (D7) Bukit Aman bermula jam 8 malam.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kedua-dua serbuan itu berjaya membuat 35 tangkapan termasuk 26 GRO warga asing terdiri daripada 23 Vietnam, Laos (2), Thailand (1).

Iklan

"Mengikut pecahan, serbuan pertama di Kuala Rompin (Pahang) telah menahan 18 individu iaitu seorang lelaki tempatan disyaki pengurus, seorang wanita Vietnam berperanan sebagai 'mummy' serta 16 GRO.

"Serbuan kedua di Endau pula menahan 10 GRO bersama seorang wanita Vietnam disyaki mummy, selain tangkapan penjaga premis yang juga lelaki tempatan dan lima pelanggan warga asing," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Seramai 35 individu termasuk 26 GRO warga asing ditahan dalam serbuan pusat hiburan di Kuala Rompin, Pahang dan Endau, Johor pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 19 hingga 55 tahun.

Tambah Mohamad Farouk, siasatan awal mendapati mummy terbabit memainkan peranan sebagai orang tengah kepada pelanggan untuk mendapatkan khidmat GRO.

"Dipercayai tip atau bayaran yang dikenakan sebanyak RM80 untuk temani pelanggan berhibur atau berkaraoke," ujarnya.

Kata beliau, ujian saringan air kencing juga dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berkaitan dan didapati 27 individu iaitu pekerja dan pelanggan positif dadah.

"Kesemua tangkapan masing-masing dibawa ke IPD Rompin dan IPD Mersing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!