Helikopter terhempas: Dron Turkiye kesan 'sumber haba'

Iklan
Pasukan penyelamat berdepan cabaran untuk melaksanakan operasi SAR tersebut akibat cuaca buruk. - Foto Agensi

TEHERAN - Pasukan penyelamat dikerahkan ke lokasi di mana haba dikesan oleh dron milik Turkiye yang turut menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) Presiden Iran, Ebrahim Raisi setelah helikopter dinaikinya terlibat kemalangan di barat laut negara itu pada Ahad.

Agensi berita Fars memetik kenyataan ketua Persatuan Palang Merah wilayah Azerbaijan Timur melaporkan lokasi tersebut dikenali sebagai Tavil yang turut dipaparkan menerusi video secara langsung oleh dron Akinci berkenaan.

Iklan
Iklan

Ankara memaklumkan ia turut menghantar dron, helikopter dan kenderaan sokongan lain untuk atas permintaan pihak berkuasa Teheran untuk membantu operasi SAR tersebut.

Difahamkan, antara pemimpin yang berada di dalam helikopter sama dengan Raisi ialah Menteri Luar Iran, Hossein Amirabdollahian yang sebelum ini lantang memperjuangkan isu penduduk Palestin di Genting Gaza.

Iklan

Terdahulu, agensi berita Anadolu melaporkan dron Akinci berjaya mengesan 'sumber haba' disyaki serpihan helikopter tersebut dan ia kemudiannya berkongsi koordinat itu dengan pihak berkuasa Iran. - Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Iklan