Lima cedera, nahas empat kenderaan di LPT1

Iklan
Keadaan kereta jenis Honda City dan Proton Saga yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran pada Isnin.

KUANTAN - Lima termasuk kanak-kanak lelaki dan seorang wanita dilaporkan cedera selepas terbabit dalam nahas melibatkan empat kenderaan di Kilometer 140.9 Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) arah barat, Maran pada Isnin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, dua daripada mangsa hanya cedera ringan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemalangan melibatkan kereta jenis Proton Saga, Honda City, Perodua Alza dan sebuah motosikal.

Keadaan motosikal yang ditunggang salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran pada Isnin.

"Pihak bomba menerima laporan kejadian jam 6.49 pagi sebelum lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran ke lokasi untuk operasi menyelamat.

Iklan

"Bagaimanapun semua mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum ketibaan bomba di lokasi," katanya.

Keadaan Perodua Alza yang terlibat dalam nahas empat kenderaan di Kilometer 140.9 LPT1 arah barat, Maran pada Isnin.

Zulfadli berkata, pihak bomba melakukan kerja-kerja pemantauan di lokasi manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) Temerloh menggunakan kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bomba untuk menerima rawatan.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!