Bekerja sambil tunaikan haji

Iklan
TERDAPAT individu yang menunaikan haji sambil melunaskan kerja mereka. Ketahui status ibadah dilakukan. -Gambar hiasan? Foto: Canva

SAAT para jemaah memfokuskan semata-mata kepada Rukun Islam kelima dikerjakan, terdapat segelintir individu yang terpaksa bekerja sambil melakukan ibadah tersebut.

Perkara itu tidak boleh dielakkan kerana sudah menjadi tuntutan kerja mereka begitu. Barangkali mereka ialah petugas yang membantu menguruskan jemaah haji, individu yang mengambil upah badal haji, doktor, penyedia makanan untuk jemaah haji dan sebagainya.

Iklan
Iklan

Apakah sah ibadah haji yang dikerjakan individu yang bekerja sambil menunaikan haji?

DR ZULKIFLI

Iklan

"Sudah tentu tuntutan seperti makan, minum, makan, pakai, kenderaan dan lain-lain adalah amat mustahak,” katanya menerusi infografik yang dikongsikan di laman sosial Facebook Maktabah Al-Bakri pada Ahad.

Ia sebagaimana jelas Dr Wahbah Az-Zuhaili dalam kitabnya, Fatawa Mu’assirah yang menyatakan:"Haji adalah sah jika niat asalnya adalam melaksanakan haji. Dan tidak ada halangan jika disertai dengan pekerjaan lain, sesuai dengan firman ALLAH SWT:

Iklan

"Tidaklah menjadi salah, kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kami (dengan meneruskan perniagaan ketika mengerjakan haji).” (Surah al-Baqarah, ayat 198)

INFOGRAFIK yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Perkara itu diqiaskan sepertimana yang jelas dinyatakan dalam al-Quran menerusi ayat 198, Surah al-Baqarah.

"Berdasarkan ayat berkenaan, mencari rezeki yang dikurniakan oleh ALLAH pada musim haji dengan berniaga dan melakukan usaha-usaha halal yang lain adalah tidak berdosa,” katanya menerusi infografik yang dikongsikan di laman sosial Facebooknya pada Ahad.

Ibnu Abbas RA meriwayatkan bahawa sebab turunnya ayat itu adalah berdasarkan hadis: "Sesungguhnya orang ramai pada permulaan ibadah haji difardukan - di dalam Islam - mereka berjual beli di Mina. Arafah di pasar Dzu al-Majaz (kawasan yang berhampiran Arafah) dan pada musim haji, maka mereka khuatir untuk berjual beli ketika mereka di dalam ihram. Lalu ALLAH menurunkan ayat ini.” (Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Bagi mereka yang menunaikan haji di samping melakukan perniagaan, Jabatan Mufti Negeri Sembilan menegaskan, ibadah haji mereka adalah sah, tidak rosak dan tidak perlu diulangi semula.

HUKUM menunaikan ibadah haji sambil bekerja seperti doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan, petugas Lembaga Tabung Haji dan lain-lain adalah sah selagi ia menepati rukun dan wajib haji. -Foto: Canva

"Hal ini berdasarkan kepada ayat 198, Surah al-Baqarah.

"Mereka tidak dihalang melakukan perniagaan dengan syarat mereka berniat untuk mengerjakan haji,” katanya.