Masih ramai anak tentera naik trak pergi sekolah

Iklan
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika berucap pada Majlis Perutusan Khas Menteri Pertahanan Tahun 2019 di Dewan Perkasa Wisma, Perwira ATM hari ini. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Masih ramai anak-anak tentera pergi ke sekolah menggunakan trak berbanding pelajar lain yang menggunakan bas bukan itu sahaja malah masih ada kuarters daif seperti era 1970-an dengan ada pintu yang hanya diikat dengan tali rafia, pagarnya reput sekali gus membahayakan keselamatan penghuni terutama kanak-kanak.

Begitu juga dengan kerosakan peralatan, kelengkapan rumah dan kemudahan asas seperti air dan elektrik.

Iklan
Iklan

Itu senario digambarkan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ketika meninjau beberapa kuarters tentera dan melihat sendiri kehidupan mereka.

"Masih ramai anggota tentera mendiami perumahan yang tidak sempurna. Bagaimana para tentera mahu pergi ke medan juang dalam keadaan anak isteri di rumah ditinggalkan dalam keadaan tidak sempurna,” soalnya.

Iklan

Susulan itu, beliau memaklumkan kerajaan sedang merangka skim Bantuan Wira Negara yang akan diberikan kepada sebahagian besar anggota tentera bagi membantu keperluan asas mereka.

"Ia adalah satu bentuk pemberian seperti beras, gula, minyak dan lain-lain keperluan secara bulanan bagi membantu meringankan beban mereka dan secara tidak langsung mengiktiraf jasa anggota tentera.

Iklan

"Kesemua inisiatif ini akan memainkan peranan penting ke arah meningkatkan moral anggota tentera dan juga kakitangan awam kita,” katanya.

Dalam Belanjawan 2019, beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM70.5 juta bagi tujuan penyelenggaraan Rumah Angkatan Tentera (RKAT) dan tambahan RM50 juta lagi disediakan untuk menaik taraf dan penambahbaikan kuarters Kementerian Pertahanan.

"Saya tak mahu jadi menteri umum projek, tapi tak buat. Pelaksanaan dan pemantauan terhadap program ini perlu dilakukan secara serius agar mencapai hasrat kerajaan, ini termasuk juga penjagaan kesihatan anggota tentera dan keluarga mereka,”katanya ketika menyampaikan perutusan khas Menteri Pertahanan di Wisma Perwira ATM, di sini, hari ini.