Dua rumah terbakar, tujuh penghuni selamat

Iklan
Dua rumah di Kampung Sungai Sikamat, di sini, dilaporkan terbakar pada Isnin.

KAJANG - Seramai tujuh penghuni termasuk seorang lelaki warga emas selamat dalam kebakaran melibatkan dua buah rumah di Kampung Sungai Sikamat, di sini, pada Isnin.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 7.48 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 27 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Tun Hussein Onn, BBP Seri Kembangan dan BBP Bangi bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh enam kilometer," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Ahmad Mukhlis berkata, setibanya di lokasi Komander Operasi Kanan Penolong Kanan Penguasa Bomba Jalizad Jalil melaporkan kebakaran melibatkan dua buah rumah.

Iklan
Dua rumah di Kampung Sungai Sikamat, di sini, dilaporkan terbakar pada Isnin.

"Ketika kebakaran, terdapat lima penghuni dalam rumah pertama jenis kelas A musnah 80 peratus.

"Manakala, dua penghuni termasuk seorang lelaki warga emas dalam rumah kedua jenis kelas C yang musnah 100 peratus," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ahmad Mukhlis berkata, kesemua mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum pihak bomba sampai.

"Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!