Parti liar dalam tren, KTM perlu beri penjelasan - UMNO Kedah

Iklan

BERITA SEMASA 20 MEI 2024

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) perlu tampil memberi penjelasan berhubung penganjuran parti liar persendirian dalam koc miliknya yang didakwa kali pertama di Asia Tenggara.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu dikatakan tidak selari dengan adat kesopanan dan budaya timur masyarakat Malaysia.

Menurutnya, tindakan itu dikatakan tidak menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengamalkan budaya dan adat resam Melayu.

Iklan

Jelas beliau, penjelasan perlu diberikan berhubung bagaimana KTM boleh terlepas dalam perkara seperti itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/665710/berita/semasa/parti-liar-dalam-tren-ktm-perlu-beri-penjelasan---umno-kedah

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #KTMB