KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial mengesan aktiviti penipuan yang diiklankan menerusi platform media sosial dengan menggunakan gambar individu ternama.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya mengesan paparan iklan itu turut menggunakan gambar individu-individu ternama dan popular di media sosial.
Iklan
Iklan
"Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak sesekali terpengaruh dengan taktik sindiket penipuan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.
Pada Ahad, media melaporkan pengeluar produk kesihatan palsu dikesan menggunakan nama seorang selebriti yang juga pakar kesihatan tanpa kebenaran untuk menjual dan mengiklankan produk berkenaan di media sosial.
Ramli dilaporkan berkata, penggunaan imej selebriti berkenaan dipercayai untuk mengelirukan pembeli.
Menurutnya, apa yang membimbangkan adalah produk berkenaan dipercayai mampu memberikan kesan negatif kepada kesihatan individu yang mengambilnya.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!