Ugutan bunuh Teresa Kok: Polis rakam keterangan dua individu
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Gambar kecil: Rusdi
KUALA LUMPUR - Seramai dua individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung surat ugutan bersama dua butir peluru yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di kediamannya di sini, pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, kes masih dalam siasatan, setakat ini tiada sebarang tangkapan.