Niaga hadapan emas ditutup tinggi

Iklan
Gambar hiasan

KONTRAK niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, disokong oleh jangkaan semula kadar faedah Amerika Syarikat (AS) akan diturunkan, kata penganalisis.

Penganalisis itu berkata, para peniaga mengunjurkan Rizab Persekutuan AS akan menurunkan kadar faedah pada dua mata asas tahun ini.

Iklan
Iklan

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Mei 2024 meningkat kepada AS$2,450.40 setiap auns troy daripada paras penutup AS$2,389.40 pada Jumaat minggu lepas.

Kontrak Jun 2024, Julai 2024, Ogos 2024, Oktober 2024 dan Disember 2024 semuanya ditutup tinggi pada AS$2,461.20 setiap auns troy berbanding AS$2,399.00 pada Jumaat minggu lepas.

Iklan

Jumlah dagangan menokok kepada 43 lot daripada 31 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka naik kepada 81 kontrak berbanding 64 kontrak sebelum ini.

Menurut London Bullion Market Association pada 17 Mei, harga emas fizikal berada pada AS$2,402.60 setiap auns troy. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!