ADUN Bersatu Negeri Sembilan beri jaminan setia pada parti

Iklan
Mohamad Hanifah (dua dari kiri) dan Ridzuan (dua dari kanan) telah menandatangani arahan bertulis dikeluarkan MPT Bersatu pada Jumaat lalu.

SEREMBAN - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan memberi jaminan akan tetap teguh menyatakan kesetiaan bersama parti dengan mendukung dasar, matlamat dan perjuangan Parti.

Dua ADUN tersebut merupakan ADUN Labu merangkap sebagai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, Mohamad Hanifah Abu Baker dan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad yang masing-masing telah menandatangani arahan bertulis dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu pada Jumaat lalu.

Iklan
Iklan

Justeru itu, Mohamad Hanifah berkata, dengan tindakan dua ADUN Bersatu termasuk dirinya menandatangani surat tersebut, tiada lagi kemusykilan kepada pengundi-pengundi Bersatu atau Perikatan Nasional (PN) negeri ini berkenaan kesetiaan ADUN Bersatu selepas ini.

"Ini (tandatangan surat) adalah tambahan bai'ah yang dilakukan sebelum ini bagi memastikan ahli Bersatu tidak melakukan kesalahan yang sama," kepada pemberita dalam sidang media di Senawang pada Isnin.

Iklan
Mohamad Hanifah menunjukkan surat MPT.

"Jadi dengan penjelasan ini kami yakin bahawa ke enam-enam MP dan ADUN perlu menjawab surat menyatakan kembali pendirian mereka. Jika ingkar, keahlian dalam parti akan terhenti dengan serta-merta menurut Fasal 10.4 Perlembagaan Bersatu," katanya.

Mohamad Hanifah berkata, apabila sudah menandatangani surat akujanji mengikut undang-undang dunia ini, beliau yakin kesetiaan akan terus utuh.

Iklan

"Malah ia bukan hanya sekadar menandatangani surat tersebut sahaja tetapi kami memang seorang yang tidak akan sesekali mengkhianati perjuangan parti dan sahabat-sahabat lain," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan enam Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini diberi tempoh 14 hari untuk membalas arahan bertulis dikeluarkan MPT parti itu pada Jumaat.

Menurut Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin arahan bertulis itu juga turut dihantar kepada semua wakil rakyat Bersatu yang lain.

Sementara itu dalam perkara berkaitan, Mohamad Hanifah yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkata, pihaknya bukan sekadar membawa naratif agama untuk menarik sokongan pengundi sebaliknya turut memperjuangkan serta membangkitkan mengenai isu-isu lain sama ada membabitkan ekonomi dan pembangunan.

"Ada anggap PN dan Bersatu sangat ekstrem tetapi sebenarnya kita selalu bertindak dan berperanan menjadi semak dan timbang. Itu yang dilakukan ke atas kerajaan hari ini," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!