SEMARANG - Satu klip video yang memaparkan gelagat seorang penunggang motosikal wanita memarahi peniaga setelah motosikal ditunggangnya hilang kawalan sehingga melanggar sebuah kotak ikan berhampiran sebuah warung, tular di media sosial.
Menurut laporan media tempatan, wanita itu dipercayai memandu secara laju sehingga motosikalnya hilang kawalan malah nyaris melanggar pemilik warung yang berada di kawasan berkenaan.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, apa yang membuatkan video itu mendapat reaksi ramai adalah sikap penunggang wanita itu yang sewajarnya memohon maaf disebabkan kesalahannya itu, sebaliknya memarahi peniaga warung tersebut.
"Macam-macam kelakuan orang zaman sekarang, dia yang melakukan kesilapan dia pula yang mengamuk seperti menjadi mangsa, seolah-olah mahu menutup kesilapannya,” tulis seorang lagi komentar.
Hantaran video di aplikasi TikTok itu kini telah ditonton hampir lima juta orang serta mendapat ribuan komentar dan reaksi. - Agensi
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!