Pemergian Raisi tidak ubah landskap politik Iran
Iklan
SHAH ALAM – Pemergian Presiden Iran, Ebrahim Raisi dijangka tidak akan mengubah landskap politik, polisi dalam dan luar negara serta geopolitik negara Asia Barat berkenaan terutamanya melibatkan tentangan terhadap kes pembunuhan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Pakar Hubungan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, ia kerana dasar Iran terhadap Israel adalah jelas iaitu mereka sememangnya menyokong Palestin dan menentang kekejaman rejim Zionis Israel.