SEREMBAN - Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengeluarkan sebanyak 227 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Plaza Tol Senawang, dekat sini awal pagi tadi.
Polis turut menahan empat lelaki berusia di antara 19 hingga 21 tahun dan menyita motosikal mereka kerana menunggang secara berbahaya dan bersaing sesama sendiri serta berulang-alik dari Plaza Tol Seremban-Labu hingga ke Plaza Tol Senawang.