Petanda positif, keyakinan atlet Paris 2024 menyala

Iklan
Norza bersama tetamu dan atlet pelapis selepas Majlis MoU antara badan induk tersebut dengan Institut Jantung Malaysia (IJN) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Isnin.

KEAZAMAN atlet negara untuk membutirkan pingat emas Olimpik pertama negara dari temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan, mendapat reaksi positif Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

Malah presidennya, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menyifatkan satu perkembangan sihat apabila atlet layak yang kini dalam fasa persediaan mental dan fizikal bertekad menyerlah potensi diri di temasya tersebut.

Iklan
Iklan

"Ya, mereka sangat bersemangat kerana sebelum ini MOM atau Majlis Sukan Negara (MSN) yang sasarkan pingat untuk mereka, tetapi sekarang atlet sudah lebih yakin apabila mereka sendiri mahukan pingat emas.

"Dan dalam masa tiga bulan ini, sudah tentu kita semua harus memberikan sokongan berlipat kali ganda serta suntik keyakinan kepada kontinjen Malaysia.

Iklan

"Ya, memang kontinjen negara kali ini tidak ramai tetapi kita miliki atlet-atlet berpotensi untuk capai objektif iaitu raih pingat emas, seperti dari sukan berbasikal, badminton dan lain lagi.

"Saya lihat ini satu perkembangan dan momentum positif nampak momentum yang baik daripada mereka, jadi sokongan padu wajar diberikan kepada mereka. Dengan doa rakyat Malaysia, tiada yang mustahil untuk capai kejayaan," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara badan induk tersebut dengan Institut Jantung Malaysia (IJN) di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Isnin.

Iklan

Sebelum ini, beberapa atlet negara yang telah mengesahkan slot ke Sukan Olimpik Paris 2024, pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang; Lee Zii Jia dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (badminton) menyatakan keazaman untuk membutirkan emas Olimpik pertama negara dari bumi ibu kota Perancis tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!