KUALA TERENGGANU – Penderitaan seorang bayi berusia 12 bulan, Muhammad Zhafran Amsyar Zamzuri yang menghidap empat penyakit iaitu penyakit hati kronik atau biliary atresia (BA), angin pasang, jantung berlubang dan masalah hempedu mendapat perhatian kerajaan negeri.
Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu, Hanafiah Mat berkunjung ke kediaman Muhammad Zhafran Amsyar di Setiu semalam bagi melihat sendiri keadaan kanak-kanak itu.
Iklan
Iklan
Melalui kunjungan itu, Hanafiah berkata, Muhammad Zafran Amsyar yang perlu menjalani pembedahan di China atau India akan dibantu sewajarnya bagi memastikan kesihatannya pulih dan hidup normal seperti kanak-kanak lain.
"Sekarang kisah adik Muhammad Zhafran Amsyar sedang viral dan ada pihak bermurah hari menghulurkan sumbangan. Kita akan tengok berapa jumlah kutipan diterima dan baki kos pembedahan itu akan ditanggung kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman.
"Berdasarkan maklumat awal pakar, kos pembedahan di dua negara itu dianggarkan sebanyak RM250,000 dan setakat ini jumlah sumbangan diterima adalah dalam sekitar RM20,000,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini hari ini.
Bayi derita empat penyakit perlukan RM250,000 untuk pemindahan hati
Artikel Berkaitan