Pensyarah UPTM tabur bakti ajar mualaf Orang Asli asas Fardu Ain, mengaji dan 3M

Iklan
MASYARAKAT Orang Asli dan pensyarah UPTM bergambar kenangan selepas berjaya menamatkan Program Pembangunan Keagamaan dan Pendidikan 3M Komuniti Masyarakat Orang Asli di Kampung Pabai, Rembau, Negeri Sembilan April lalu.

PEKA dengan keperluan semasa masyarakat Orang Asli di Kampung Pabai, Rembau, Negeri Sembilan yang dahagakan ilmu, lapan pensyarah Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) mengerah tenaga menjayakan program buat komuniti itu bermula awal tahun ini.

Program Pembangunan Keagamaan dan Pendidikan 3M Komuniti Masyarakat Orang Asli dijalankan selama empat bulan bermula Januari hingga April lalu melibatkan 20 orang mualaf Orang Asli suku Temuan terdiri daripada 10 wanita dan 10 kanak-kanak serta remaja.

Iklan
Iklan

DR. MADIHATUN (berdiri kanan) bersama dengan pensyarah UPTM dan mualaf Orang Asli yang mengikuti kelas asas Fardu Ain, mengaji al-Quran dan 3M di Surau al-Hidayah, Kampung Pabai.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Islam, Umum dan Bahasa UPTM, Dr Madihatun Zainuddin berkata, antara matlamat program adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan agama sasaran iaitu dalam ilmu asas Fardu Ain dan mengaji al-Quran.

Iklan

"Meskipun kekurangan pelbagai aspek seperti personaliti, kemudahan infrastruktur dan lain-lain, kita berharap mereka tidak akan terpinggir dari aspek penjanaan ilmu,” katanya kepada Sinar Islam Plus.

Beliau yang juga pengarah program bersama tujuh pensyarah UPTM lain berulang-alik dari UPTM di Kuala Lumpur sejauh 103 kilometer sehala bagi menjayakan program berkenaan.

Iklan

SELAIN kelas asas Fardu Ain dan mengaji al-Quran, sasaran juga diajar 3M dalam bahasa Inggeris.

Kelas yang diadakan sebanyak 12 sesi pada setiap Sabtu itu mengfokuskan pembelajaran asas Fardu Ain, mengaji al-Quran dan 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) dalam Bahasa Inggeris.

Menurut Madihatun, hasil daripada program yang dijalankan menampakkan peningkatan yang memberangsangkan dalam kalangan peserta.

"Selain itu ada yang sudah mampu mengenali dan menyebut abjad huruf yang diajarkan,” katanya.

SEBAHAGIAN daripada 20 orang mualaf Orang Asli tekun menimba ilmu daripada salah seorang pensyarah UPTM.

Program tersebut mendapat kerjasama All-Party Parliamentary Group Malaysia – Sustainable Development Goals (APPGM-SDG), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pejabat Agama Islam Daerah Rembau dan Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA).

Tambahnya, pusat pembelajaran yang diadakan di Surau al-Hidayah Kampung Pabai itu akan terus beroperasi sebagai tempat pembelajaran meskipun program berkenaan telah tamat.

SALAH seorang daripada lapan pensyarah UPTM yang mengajar asas Fardu Ain, mengaji al-Quran dan 3M kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Pabai.