JAINJ pantau pusat pengajian Islam diasas Rohingya

Iklan
Mohd Fared beramah mesra dengan murid dalam kalangan anak-anak Rohingya di Balai Islam Kampung Plentong Baru, Johor Bahru pada Isnin.

JOHOR BAHRU - Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) memantau semua pusat pengajian dan tempat mengajar agama Islam yang dibina etnik Rohingya di negeri ini bagi memastikan tiada penyemaian fahaman radikalisme dan ekstremisme.

Iklan
Iklan

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, ia merupakan langkah awal pencegahan selain JAINJ akan membantu pusat atau tempat mengajar berkenaan mematuhi syarat-syarat operasi.

"Ini bagi membolehkan JAINJ tahu apa yang mereka ajarkan kerana guru mereka mengajar dalam bahasa mereka.

Iklan

"Mereka perlu mengikut silibus yang dibenarkan dan pusat atau tempat mengajar mesti berdaftar. Ini lebih tersusun dan mudah untuk diselaraskan.

"Guru atau ustaz yang mengajar pula mesti mempunyai tauliah dari negeri ini. Ini akan menjadikan tenaga pengajarnya diiktiraf dan masyarakat pula tidak akan bimbang serta akan rasa selamat," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Balai Islam Kampung Plentong Baru di sini pada Isnin.

Mohd Fared berkata, pusat atau tempat mengajar seperti itu terdapat hampir di seluruh negeri ini yang mempunyai komuniti Rohingya antaranya di Plentong, Kempas, Ulu Tiram dan Kota Tinggi.

Menurutnya, langkah itu adalah satu bentuk pencegahan awal selepas dikejutkan dengan tragedi serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat yang pada mulanya dikaitkan dengan kumpulan pengganas dan ekstremis.

Mengenai balai Islam tersebut, beliau memberitahu, tempat itu dijadikan pusat pengajian Islam untuk 113 anak-anak etnik Rohingya berusia enam hingga 10 tahun belajar agama Islam sejak 2015.

Katanya, terdapat seorang ustad, seorang guru tahfiz dan seorang guru biasa berkelulusan dari Pakistan yang mengajar mengikut mazhab Hanafi.

Waktu mengajar katanya, terdapat dua sesi bermula dari jam 8 hingga 11 pagi dan 1 hingga 4 petang setiap hari dengan bayaran RM50 sebulan.

"Saya difahamkan oleh ketua kampung di sini, etnik Rohingya di sini baik.

"Pusat pengajian ini ada memohon untuk pendaftaran dan saya akan cepatkan prosesnya," ujar beliau.

Beliau berkata, sepanjang proses permohonan, pusat pengajian itu boleh terus beroperasi seperti biasa dan pihak MAINJ akan terus memantau aktiviti mereka.