209 saman dikeluarkan hari pertama Op Selamat

Iklan
Antara pengguna jalan raya yang diperiksa dalam Op Selamat ke-16 Tahun Baru Cina di sekitar daerah Kuala Langat semalam.

KUALA LANGAT - Polis mengeluarkan 209 saman kesalahan jalan raya dalam Op Selamat ke-16 Tahun Baru Cina di Kilometer 30 Jalan Klang-Banting dan Jalan Pekan Banting di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, operasi bermula jam 8 pagi itu dijalankan dengan kekuatan tiga pegawai dan lapan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sebanyak 95 buah kenderaan membabitkan 50 buah kereta, motosikal (30), kenderaan pelbagai guna (MPV) (5), jeep (5), lori (3) dan treler (2) diperiksa.

"Selain itu, kita juga telah mengeluarkan sebanyak 209 saman yang mana 156 saman adalah merupakan kesalahan utama iaitu memandu laju (155) dan menggunakan alat telefon bimbit (1).

Iklan

"Sebanyak 53 lagi saman membabitkan kesalahan lain seperti tiada lesen memandu, tidak menggunakan cermin sisi dan tiada cukai jalan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, Op Selamat bertujuan bagi mencegah kemalangan jalan raya khususnya kemalangan maut.

Iklan

Katanya, operasi bukan sahaja tertumpu pada musim perayaan semata-mata, sebaliknya ia akan terus dilaksanakan daripada semasa ke semasa.

BSPT IPD Kuala Langat turut membantu kenderaan orang awam yang rosak.

Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, Op Selamat ke-16 yang bermula pada 18 Januari sehingga 22 Januari ini juga juga akan menyasarkan kumpulan mat rempit yang sering dikaitkan dengan aktiviti jenayah ekoran laporan yang diterima oleh polis hasil aduan orang ramai.

"Kita terima banyak aduan orang ramai, golongan ini sering buat gangguan tak kira di kawasan rumah atau lebuh raya yang menggugat ketenteraman awam dan kumpulan ini kerap dengan perbuatan jenayah," katanya.