Mahkamah tolak pengakuan bersalah lelaki hantar komunikasi seksual

Iklan
Badin (tengah) ketika dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa.

MELAKA - Mahkamah Masjitret di sini, pada Selasa, menolak pengakuan bersalah seorang warga Indonesia yang dituduh berkomunikasi secara seksual dengan seorang remaja perempuan bawah umur berusia 17 tahun.

Majistret Nabilah Nizam menolak pengakuan tertuduh Badin, 26, selepas fakta kes yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak diakui tertuduh.

Iklan
Iklan

Terdahulu, dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Dia berhadapan dengan pertuduhan mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Iklan

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah berkomunikasi secara seksual dengan kanak-kanak perempuan berumur 17 tahun semasa mangsa berada di rumah beralamat di Tengkera Pantai antara jam 4 hingga 5 pagi pada 27 April 2023.

Pendakwaan yang dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Naim Abd Jalil tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh bukan warga negara dan tiada pas sah untuk berada dalam negara.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan dan menetapkan tarikh 9 Julai depan untuk serahan dokumen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!