PUTRAJAYA - Kerajaan Perpaduan sedia berhadapan dengan tindakan Perikatan Nasional (PN) yang mahu memfailkan petisyen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menerusi sidang akhbar di sini pada Selasa.
"Kumpul lah bukti," katanya ringkas.
Sebelum ini, Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memaklumkan pihaknya sedang mengumpulkan fakta dan bukti salah laku dalam PRK Kuala Kubu Baharu sebelum mengemukakan petisyen kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei lalu menyaksikan PH mempertahankan kerusi DUN itu selepas calonnya Pang Sock Tao, menang dengan majoriti 3,869 undi.
Bekas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu memperoleh 14,000 undi, menewaskan pencabar dari PN, Khairul Azhari Saut yang meraih 10,131 undi; calon bebas, Nyau Ke Xin (188 undi) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin (152 undi).
PRK berkenaan diadakan susulan kematian penyandangnya Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu akibat kanser.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!