SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP, Ronnie Liu memberi peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) supaya berfikir kembali tentang kesuntukan masa yang ada untuk memenangi hati pengundi.
Menurut beliau, kekalahan Parti Warisan Sabah (Warisan) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis seolah-olah memberi isyarat kepada PH.
Iklan
Iklan
"Kekalahan di Kimanis, seandainya ada yang fikir PH masih mempunyai masa yang begitu panjang untuk kembalikan momentum serta keyakinan rakyat, tolonglah fikir kembali.
ARTIKEL BERKAITAN: BN menang di kubu kuat mereka, kata Salahuddin
'Post-mortem’ ketahui cara kembalikan sokongan belia
Itu pendapat orang Sabah: Dr Mahathir "Kalah dengan majoriti 2,029 undi pada awal ‘pertarungan’ tahun 2020 bukan perkara yang baik. Ini salah satu ‘wake up call’,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.
Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat kekalahan Warisan pada PRK Parlimen Kimanis mungkin disebabkan pengundi di kawasan itu belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan PH.
Bagaimanapun, beliau yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya akan memahami dan merasai bahawa pemerintahan kerajaan hari ini adalah lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.
Artikel Berkaitan