KUALA LUMPUR - Empat individu dirakam keterangan berhubung ugutan yang diterima Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menerusi sepucuk surat mengandungi dua butir peluru pada Sabtu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, empat individu berkenaan termasuk Ahli Parlimen berkenaan.
"Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan dan setakat ini empat individu telah dirakam percakapan.
Katanya, semakan terhadap kesan cap jari tidak dapat dijalankan berikutan keadaannya yang tidak sempurna.
"Cap jari yang dijumpai tidak boleh dibuat perbandingan kerana tidak cukup sifat.
"Mangsa juga didapati tidak pernah menerima sebarang ugutan lain sebelum ini selain surat dan peluru yang diterimanya," katanya.
Pada Sabtu, Teresa Kok menerima ancaman surat berisi dua butir peluru dan satu kertas putih bersaiz A4 tertera perkataan ugutan bunuh yang diletakkan di peti surat kediamannya.
Ekoran itu Terasa dalam hantaran di laman Facebooknya berkata, beliau telah membuat laporan berhubung kejadian itu di Balai Polis Petaling.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!