Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahir kesediaan Malaysia pulih bekalan air

Iklan
Fadillah (kanan) bersama Mazen Ghunaim semasa mesyuarat dua hala sempena Forum Air Sedunia (WWF) ke-10 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Bali (BICC). Foto Bernama

JAKARTA - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyatakan Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.

Beliau menyampaikan perkara itu kepada Menteri Air Palestin, Mazen Ghunaim, yang juga ketua Pihak Berkuasa Air Palestin, semasa pertemuan dua hala di luar mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia ke-10 yang berakhir hari ini, atas permintaan Mazen.

Iklan
Iklan

"Mereka melahirkan harapan agar Malaysia dapat memberikan pelbagai bentuk bantuan terutama bantuan teknikal selepas krisis semasa.

"Pada masa ini, bekalan air bersih di sana terjejas teruk dan terganggu,” katanya kepada media Malaysia.

Iklan

Timbalan Perdana Menteri berkata, Malaysia juga sedia memberikan bantuan teknikal, dengan syarat dibenarkan masuk ke negara berkenaan.

"Ini memerlukan perbincangan lanjut mengenai kaedah, masa dan cara pelaksanaan dengan pihak Palestin,” katanya.

Iklan

Menurut Fadillah, Malaysia telah menghantar sedikit bantuan kemanusiaan termasuk bekalan air botol untuk disalurkan ke Palestin. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!