Musa Hitam akui Tun M geliga politik

Iklan
Dr Mahathir

SHAH ALAM - Veteran UMNO, Tun Musa Hitam mengakui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang geliga dalam bidang politik.

Perkongsian tersebut dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada majlis pelancaran buku bertajuk KU LI: Memoir 205 di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.

Iklan
Iklan

"Sebagai ahli politik tidak dinafikan beliau sangat bijak.

"Dalam sikap Dr Mahathir kepada saya dan Tengku Razaleigh Hamzah, siapa lebih baik daripada pandangan beliau? (Mungkin) Musa lagi baik kerana dia tidak berapa pandai, tidak ada duit dan tidak reti hal ehwal duit," katanya dalam nada gurauan.

Iklan

Beliau memberitahu, jika Dr Mahathir memilih Tengku Razaleigh pada ketika itu, sudah pasti Tengku Razaleigh akan jadi Perdana Menteri serta-merta.

"Namun dia (Dr Mahathir) pandai. Pada pendapat saya kalau sejarah berlainan daripada yang terjadi, (mungkin) Tengku Razaleigh sudah jadi Perdana Menteri Malaysia," jelasnya.

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!