Jual paku simen 20 sen sebatang: Peniaga diarah kemuka dokumen

Iklan
Azdy mengeluarkan notis kepada peniaga yang didakwa menjual paku simen dengan harga 20 sebatang di Pekan Botition, Sugut.

SANDAKAN - Peniaga yang didakwa menjual paku simen dengan harga 20 sen sebatang diberi tempoh dua hari untuk mengemukakan dokumen berkaitan pembelian perkakasan tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah KPDN Cawangan Sandakan, Azdy Zukkry John berkata, dokumen itu perlu dikemukakan susulan notis yang dikeluarkan pihaknya terhadap peniaga warga asing tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sepasukan pegawainya melakukan serbuan susulan aduan diperoleh daripada media sosial yang mendakwa harga barangan di sebuah premis pekan tersebut mahal.

"Satu Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) dikeluarkan di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah diserahkan kepada peniaga kedai milik warga asing yang didakwa menjual paku simen dengan harga 20 sen sebatang," katanya.

Iklan

Ujarnya lagi, dalam serbuan itu terdapat 10 premis perniagaan di kawasan Pekan Botition dan Sapi Nangoh diperiksa.

"Lima tindakan kes diambil di mana kelima-lima peniaga telah dikompaun dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1,000.

Iklan

"Antara kesalahan yang diambil tindakan oleh Pejabat KPDN Sandakan semasa pemeriksaan pada hari ini ialah empat kes di bawah AKHAP 2011 yang mana peniaga didapati tidak mempamerkan tanda harga terhadap barangan yang dijual di premis perniagaan mereka.

"Satu kes di bawah Akta Timbang Dan Sukat 1972 kerana pemeriksaan mendapati peniaga menggunakan alat timbang yang tidak ditentusahkan untuk tujuan perdagangan," katanya.