KUDRAT Cristiano Ronaldo, 39, yang akan membuat penampilan keenam Kejuaraan Euro selain kelibat pertahanan veteran Pepe, 41, antara watak sandaran pengendali Portugal, Roberto Martinez ketika mengumumkan skuad 26 pemain untuk kempen di Jerman dijadualkan berlangsung dari 14 Jun hingga 14 Julai depan.
Ronaldo, yang menjaringkan gol dalam setiap Euro sejak penampilan pertamanya pada 2004 telah menjaringkan 14 gol dalam perlawanan akhir juga menjaringkan 10 gol dalam perlawanan kelayakan Eropah tahun lalu.
Ronaldo kini bermain untuk kelab Liga Pro Saudi Al-Nassr telah menjaringkan 42 gol dan 13 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.
"Cristiano? Lebih baik bercakap mengenai data. Dia seorang pemain menjaringkan 42 gol dalam 41 perlawanan untuk kelabnya....
"Itu menunjukkan kesinambungan dan keupayaan fizikalnya untuk sentiasa cergas, serta kualiti yang dia ada di hadapan gawang, yang kami sangat suka dan perlukan," kata Martinez.
Bagaimanapun, kehadiran Ronaldo tidak menjadikannya anggota skuad tertua apabila Martinez turut memanggil khidmat pemain benteng Porto, Pepe yang berusia 41 tahun tahun ini.
Pepe merupakan sebahagian daripada pasukan Porto tahun ini, membuat 38 penampilan ketika gergasi Portugal itu mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara dan menduduki tempat ketiga liga di belakang Sporting dan Benfica, selain mara final Piala Portugal
"Peranan Pepe di bilik persalinan adalah penting, cara dia mewakili jersi pasukan Portugal. Saya fikir semasa kem latihan, bola sepak adalah perjuangan yang berterusan dengan penampilan dia..
"Dan adalah menarik untuk melihat Pepe bermain dua perlawanan pada Mac dan mengekalkan rekod bersih s90 minit dia bermain. Komunikasinya, kedudukannya amat bermakna apabila dia cergas, dia adalah pemain yang sangat penting," kata Martinez.
Sebagai rekod, sembilan pemain dari Liga Perdana Inggeris telah dipanggil termasuk Ruben Dias, Diogo Dalot, Bruno Fernandes, Bernardo Silva dan Diogo Jota. Goncalo Inacio, satu-satunya pemain Sporting dalam skuad itu.
Skuad Portugal Euro Jerman 2024
Penjaga gol: Diogo Costa (Porto), Jose Sa (Wolverhampton Wanderers), Rui Patricio (AS Roma)
Pertahanan: Antonio Silva (Benfica), Danilo Pereira (Paris Saint-Germain), Diogo Dalot (Manchester United), Goncalo Inacio (Sporting Lisbon), Joao Cancelo (Barcelona), Nelson Semedo (Wolves), Nuno Mendes ((Paris Saint-Germain), Pepe (Porto), Ruben Dias (Manchester City)
Tengah: Bruno Fernandes (Manchester United), Joao Neves (Benfica), Joao Palhinha (Fulham), Otavio Monteiro (Al Nassr), Ruben Neves (Al-Hilal), Vitinha (
(Paris Saint-Germain)
Penyerang: Bernardo Silva (Manchester City), Cristiano Ronaldo (Al Nassr), Diogo Jota (Liverpool), Francisco Conceicao (Porto), Goncalo Ramos (Paris Saint-Germain), Joao Felix (Barcelona), Pedro Neto (Wolves), Rafael Leao (AC Milan).