Tampil buat laporan penderaan seksual kanak-kanak

Iklan
Norfidah

SHAH ALAM - Pihak polis menyarankan kepada orang ramai sama ada ibu bapa, guru mahupun doktor untuk tampil membuat laporan sekiranya terdapat kes penderaan seksual kanak-kanak di sekeliling mereka.

Pegawai Turus Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, DSP Norfidah Muhamad Dan berkata, perkara tersebut terdapat dalam akta yang mewajibkan sesiapa sahaja membuat laporan dan akan dikenakan hukuman jika gagal.

Iklan
Iklan

"Adanya akta ini orang awam hendaklah melaporkan apa sahaja yang berlaku ke atas mangsa, mereka tidak boleh berdiam diri. Jika tidak ia adalah satu kesalahan dan hukumannya denda RM5,000.

Beliau berkata demikian dalam Wacana Sinar Siri 441 yang bertajuk ‘Raksasa’ dalam rumah yang berlangsung di Kompleks Kumpulan Karangkraf di sini, pada Selasa.

Iklan

Program itu dihoskan Ismail Adnan dan turut menampilkan dua panelis lain iaitu Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari dan Pensyarah Kanan Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Geshina Ayu Mat Saat.

Beliau memberitahu, tindakan itu dapat menghalang penderaan seksual terhadap kanak-kanak daripada terus berlaku selain dapat menyelamatkan individu terbabit.

Iklan

"Jangan anggap kita datang ke balai ini takut kena marah, diambil kenyataan, tunggu lama dan sebagainya kerana itu hanya satu prosedur yang perlu dilakukan.

"Kalau kita tidak memberitahu masyarakat mengenai apa yang berlaku, mangsa akan rasa terpinggir, trauma dan mungkin juga merasakan diri mereka tidak disayangi oleh sesiapa," jelasnya.

Tambah beliau, sedangkan pihak polis sedia membantu sekiranya laporan dibuat.

"Buat laporan segera kalau tahu mengenai kes gangguan seksual. Kami ada Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) yang mempunyai kaunselor untuk bantu pihak polis kumpul bukti agar tindakan dan hukuman dapat diambil.

"Tidak dinafikan pada dasarnya seseorang itu akan berasa malu dan tertekan jika menjadi mangsa namun perkara tersebut boleh dirujuk kepada orang terdekat seperti kaunselor ibu bapa dan kawan-kawan sebagai permulaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!