Kelantan cadang adakan pakej umrah menerusi penerbangan terus dari LTSIP

Iklan
Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua dijangka menampung hingga empat juta penumpang. Foto Bernama

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan bercadang mengadakan pakej umrah dan haji menerusi penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) ke Jeddah, Arab Saudi selepas projek pembesaran dan naik taraf LTSIP siap.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamaruddin Md Nor berkata, ia bukan sahaja memberi kemudahan kepada rakyat Kelantan malah penduduk Terengganu dan empat wilayah di Selatan Thailand.

Iklan
Iklan

"Sebaik sahaja landasan tambahan sepanjang 400 meter siap, ia mampu menempatkan pesawat yang lebih besar sekali gus usaha untuk membuat pakej penerbangan secara terus dari Kota Bharu ke Jeddah dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan pejabat baharu Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawangan Kelantan di Jalan Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Iklan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebelum ini dilapor berkata, kerajaan Persekutuan bersetuju memanjangkan landasan di LTSIP daripada 2,400 meter kepada 2,800 meter untuk menjadikannya sebagai lapangan terbang antarabangsa.

Pengoperasian terminal LTSIP fasa satu pada 1 Mei lepas mampu menampung 1.5 juta penumpang, manakala pembinaan fasa dua dijangka menampung hingga empat juta penumpang.

Iklan

Projek pembesaran dan naik taraf LTSIP membabitkan kos RM440 juta. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!