Bukan negara koboi
Iklan
KITA semua hairan ada pihak yang boleh membuat tawaran memberikan RM1,500 (dinaikkan dari RM500) bagi menampar mana-mana ahli Parlimen Malaysia.
Ini perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Pihak polis sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang membuat tawaran itu. Kumpulan yang menamakan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia jelas melakukan kesalahan di sisi undang-undang. Kita negara hukum, bukan negara koboi yang tidak berperaturan.