Pak Wan nyata hasrat tanding timbalan presiden
Iklan
SHAH ALAM - Biarpun tarikh sebenar pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) belum ditetapkan, namun bahangnya semakin hangat apabila ramai pemimpin sudah memberi bayangan untuk merebut jawatan tertinggi atau Top 5 dan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Antara pemimpin yang sudah mengesahkan diri lebih awal ialah mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu atau lebih dikenali sebagai Peja yang sudah mengumumkan bakal mempertahankan kerusi timbalan presiden Bersatu.