Mendengar aduan di Ranting Hati
Iklan
SEKARANG sudah masuk musim haji. Jemaah dari Malaysia sudah mula terbang ke Arab Saudi. Ada yang berada di sana lebih 40 hari. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk semua jemaah kita di sana kelak.
Menjalankan ibadah haji memang banyak cabaran dan dugaannya. Semua itu dihadapi oleh jemaah dengan reda dan yakin. Maklumlah, bagi kebanyakan mereka peluang keemasan sekali seumur hidup.