Apa penyelesaian kanak-kanak murung

Iklan
Sebanyak 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami masalah kemurungan. Gambar hiasan Foto 123RF

BARU-baru ini Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023 mendedahkan seramai satu juta atau bersamaan 4.6 peratus penduduk Malaysia berusia lebih 15 tahun mengalami masalah kemurungan.

Jumlah berkenaan menunjukkan peningkatan dua kali ganda berbanding 2019 dengan golongan berusia 16 hingga 29 tahun paling ramai mengalaminya.

Iklan
Iklan

Selain itu, statistik juga menunjukkan bahawa satu daripada enam kanak-kanak mengalami masalah berkenaan.

Tinjauan tersebut turut mendedahkan 46 peratus kanak-kanak terbabit mengalami masalah dengan rakan sebaya, masalah tingkah laku (25 peratus), masalah emosi (17 peratus) dan hiperaktif (8 peratus).

Iklan

Angka-angka ini agak membimbangkan dan timbul persoalan apakah punca serta penyelesaian kepada isu yang berlaku. Ini kerana masalah ini memberi kesan jangka panjang kepada individu, institusi keluarga dan negara kerana ada kes yang bermula pada awal usia.

Kanak-kanak murung akan menunjukkan perubahan sikap antaranya memberontak, mengadu sakit tetapi tidak dapat dikesan puncanya, hilang minat kepada apa jua aktiviti dan kerap keletihan. Lebih merisaukan adalah kanak-kanak yang sukar memberi tumpuan berisiko menghidap gangguan mental.

Iklan

Di sebalik perubahan tingkah laku yang dialami, ia dikatakan berpunca daripada keluarga bermasalah, kurang kasih sayang dan berdepan dengan penderaan fizikal serta seksual.

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa atau penjaga untuk lebih peka dengan perubahan anak-anak supaya rawatan segera dapat diberikan.

Jangan dibiarkan mereka melalui saat sukar bersendirian kerana bantuan dan sokongan diperlukan untuk kembali kepada kehidupan normal.

Bagi masyarakat di sekeliling, mereka juga mempunyai peranan penting untuk menangkis stigma negatif berkaitan kemurungan dalam kalangan kanak-kanak.

Kumpulan tersebut tidak boleh dianggap sebagai beban kepada masyarakat. Perlu diingatkan bahawa mereka cuma kurang bernasib baik dan perlu dibantu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!