Ketagih pornografi seawal usia 9 tahun

Iklan
Kanak-kanak yang mempunyai akses kepada internet berhadapan dengan risiko tinggi dengan bahan pornografi. Gambar hiasan

SHAH ALAM - Kes jenayah seksual di negara ini dilihat semakin membimbangkan lebih-lebih lagi apabila melibatkan kanak-kanak yang terjebak dengan gejala tersebut seawal usia sembilan tahun ketagihan pornografi dan hiperseksual.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Bimbingan Remaja Puteri Raudhatus Sakinah, Rosmawati Zainal berkata, kadar kes jenayah berkenaan mula meningkat dalam kalangan kanak-kanak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat Covid-19.

Iklan
Iklan

Menurutnya, walaupun pusat bimbingan itu telah mengehadkan kepada 35 orang sahaja, namun permohonan kemasukan oleh ibu bapa dan penjaga atau kes yang dirujuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih tinggi, malah pihaknya menerima hampir 10 panggilan setiap hari berhubung perkara tersebut.

"Setakat ini kami hanya menempatkan kanak-kanak dan remaja perempuan berusia 12 hingga 25 tahun yang terjebak dengan masalah sosial seperti seks bebas, pengabaian, hamil tanpa nikah, liar, ketagihan pornografi dan sumbang mahram.

Iklan

"Sebenarnya agak sukar buat kami kerana walaupun berusia 12 tahun, kami dapati mereka sebenarnya sudah terjebak sekian lama sejak usia sembilan tahun lagi dengan masalah ini selepas melalui sesi kaunseling serta bimbingan pada enam bulan pertama kemasukan,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Rosmawati, lebih menyedihkan apabila kebanyakan kanak-kanak yang datang ke pusat jagaan tersebut mempunyai penyakit mental, kemurungan, stres melampau dan trauma.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya juga menerima banyak kes melibatkan sumbang mahram yang bermula daripada ketagihan pornografi kerana ingin mencuba dan merasakan keseronokan.

Rosmawati berkata, tidak dapat dinafikan bahawa pendidikan seks penting untuk didedahkan kepada kanak-kanak, namun ibu bapa memainkan peranan penting memberikan penghayatan agama dan mendidik rasa malu dalam diri sejak kecil lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!